Salam Isra' mikraj



1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”.

Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

Credit to Ohislam.com : Sebarkan artikel ini walau dengan satu ayat. Semoga anda mendapat balasan setimpal dengan apa yang dilakukan.

make your own zombie picture

Have you ever seen your face when you are in zombie mode? haha
I know zombie is one of the fiction character yang sgt popular..
tgk je la filem2 hollywood, klu dah xde idea sgt, msty wat filem psl zomba2 n
kat Malaysia? hmm aku rase Mamat Khalid je wat dlm filem Hantu Kg Pisang.. hahaha

ok2, back to the point, aku pon bru tau bende n smlm
and I also have bad feeling about this...
mcm mane la muke aku bile jadi zomba ea? haha but I tried even I know it may become horror. :D
so this is mine :D
ok peringatan kpd yg lemah jantung, pregnant woman or kids under 18 over there..
pleaseeee dun try this at home.. hahaha


hahaha lawak kan3? tp blew pandang lame2 rase mcm takot pon ade :D
ok sape2 yg berani nak try... click here Makemezomebiee . .. hahaha k have fun!

SK Selabak

Assalaamualaikum, yaa post aku kali n mungkin sedikit merepek, dan mmg merepek pon.. so di harap sape2 yg xsuke merepek ataupun mkn kerepek, mahupun membuat kerepek, sila jangan gatal2 untul scroll mouse anda kt bawah pasal bende2 yg aku bakal tunjuk adalah semata2 untuk merepek sahaja.. hehe

ok, psot kali ni aku nak cerita psl my ex primary school. dei ape ke gilee punye org, org cite psl bende2 yg hot2, ko bleh plak cite sal sekolah rendah ko.. haha BTW this is my blog, so aku punya suka la nak cite ape2 pon. hahaha ok2.. kite start, dlu aku sekolah rendah kt Sekolah Kebangsaan Selabak, dan untuk pengetahuan korg, sekolah aku n sekolah rural, bak kate org putih dye, bak kate org melayu, sekolah luar bando~ ate da aku dok kt kg, xkan la aku nak sekolah bando plak kan? nanty org kate org kg x sedo diri.. hahaha! just joking :D


ok nak dipendekkan cerita, aku start darjah 1 aku kat sekolah nih, dan aku perabihkan UPSR aku dgn tak cemerlangnya pon kat sini pada tahun 2002. dan sekarang dah pon tahun 2011..means I have been left this primary school for 9 years, and I don't even come to see my ex teachers in this school after I went to high school. Poor me kan? haha tapi x pe... laa n aku dtg dgn muka baru, ketinggian baru, dan plg penting aku berbeza dr dlu, hahahaha

Ok let me ask you something, what is the last time you saw or even visit your first school? I mean you primary school? haha I'm pretty sure most of you maybe even don't want to be here, because this place gave you a sweet, happy, fun or even bad memories here.. errkk maybe the bad one is suitable for me.. ahaha

Ok, my first step to enter this SK Selabak is just nightmare for me. yela, aku dlu x mcm korg, seronok main2.. budak2..haha tp aku x mcm tu kot. there are lots of memories that I never forget, and it all bad. Believe me coz I got low esteem and I don't even have a lots of friends. maybe some of my best friend is still my best friend now.. hehe ok forget about that, I went to this school with my besty, Ayap.. at the first, Guard had stop us from letting go, but we have the permission after his benevolent.. thank u pak guard.. org kampung aku tu.. xkan x bagi kot.. hehe :D

nih la kolam yg aku slalu lepak utk mkn time rehat, kantin kt sblah n je. dlu byk berudu kt dlm n, amek pastuh simpan dlm botol... haha klu nak taw dlu ade air terjun, maybe machine dye rosak kot, da xjalan da.. haish syg nyee...


ok, aku lupa sekolah n dirasmikan pada thun bila, tp yg pastinya da lame. aku rase b4 aku lahir sekolah n ade kot.. haha dan kt situ ade papan org rasmikan.. aku x tgk plak :D

yg n koridor mase aku darjah 5.. mase tu aku darjah 5 harapan. before masuk clas sementara tunggu cikgu, kene bace sifir 1 sampai 12 kt luar clas.. hahaha klu dlu mmg xleh lari pon kt sini, tp skunk aku blehh je lari2.. haha pemberontak sungguh aku..

pergh.. yg n bilik aku plg xsuke.. skali2 dgn cikgu yg ade dlm n pon aku xsuke,, sape lg klu bukan cikgu displin, Cikgu Roseli.. tp tuk pengetahuan korg, aku pggl dye cikgu org asli psl rambut dye gulung2 cam org asli. haha cikgu n aja aku PJ ngan KH.. aku rase dye mmg anti dgn aku kot. if aku x bwk baju PJ, dye suruh bukak uniform skulah, then suruh guling2 ala2 industan kt padang... x k gatal badan aku 1 ari tu? hadoi.. then klu brg2 KH aku xbawak, dok luar le jwbnyer, xpon tarik sigh bend atau cubit perot.. cikgu roseli n ikot mood, agak2 dye bengang dye pelempang je blakang kepale aku.. mau pitam woo aku mase tu.. sob4 btw cikgu roseli, if cikgu bace, mintak maaf la ye dr ujung rambut smpai k ujung kaki.. hehe

jeng3.. bilik n khas tuk pekerja kebun je.. hehe tp bilik n jadi famous antara bdk2 skulah.. haha nak taw?? jeng3.. agak2 korg ape ea? haha ok aku bg klu, cikgu megat .. hihih xpe la, aku gtaw.. tuk pengetahuan korg, tmpt n la cikgu megat selalu melepaskan gian nyer tuk merokok,,haha kan skolah xleh merokok, haa sini la port dye ngisap dgn gang2 kebun.. kihihi ntah ade x lg cikgu megat tu.. tp cikgu megat tu sempoi, aja PJ je,,asal PJ je bodek main bolaa.. haha pake bju sekolah pon xpe,,.xde pon nak kene tempeleng k, cubit k mcm cikgu roseli buwat... sob44

wow~ bende n b4 aku masuk da ade da.. lame gile menatang n dok atas kelas.. ohohoho legend legend!!

jeng3.. we move on to my fist class at SK Selabak. this is my first clas, 1 Cerdik. hehe dlu aku x tadika, so bila aku first masuk sini, aku x kenal sape2 pon.. and mostly kids yg register darjah 1 semua budak kg.. dan they have through kindergarden together.. at least dyorg kenal. tp aku? haha sendiri mau igt la.. hehe aku igt lg bpk aku yg anta aku waktu first day, and I could see lots of parent waiting for their kids.. tp bpk aku len plak, kene keje, anta aku, then trus chalow.. then tinggallah aku sorg2 bertemankan beg skulah aku je.. hoho sadis x? xsadis pon kan? aku da bese.. bese la parent aku komited kt keje.. not like other parents who are fulltime housewife.. hehe and I still remember my first friend here is Atikah, itu pon aku pinjam pensil kaler dye coz I did not bring any stationary.. haha bengong! by the way I don't know where is she now but I heard some rumors yg dye n sakit, patut pon she got a pale face.

nih la clas aku ktk aku darjah 6, wow legend weh legenddd... hahaha

ok, kenape aku tangkap gamba longkang n? hehe this is one of the memorable place for me. This drain is just confront my class, 6 Harapan. For your information, we are Dash Yonkuro Geek! we bought a lots of Dash Yonkuro. I think I bought it every week because we just want its body cover only.. hehe those who are don't know about Dash Yonkuro Car, please refer to Uncle Google.. every evening, we came here to compete with each other. and  to have our own circuit, it is too expensive to us to bought.. so this is out track :D

port main aci tiang.. aku champion kot main n.. coz kaki aku panjang.. dan aku rase aku lah org trtinggi skali ketika itu.. hahaha (gelak jahat) :D

ok, this one also remain the same.. this mural still the legend.. hahaha xde sape k yg nak wat mural baru? aku leh wat.. lalala :D

rumah n actually stor tuk simpan bangku2 dan meja2 kayu yg rosak.. hesh taw2 la budak2.. x menghargai brg2 kerajaan bagi.. jgn x caye dlu aku men baling2 bangku.. pecah kot.. gagagaga

dlu tiap2 hari Isnin, mesti ade assembly. and this is the place we que up. basikal parking pon kt tepi tu.. haha and I remember when I was a Scout, we used to practice all the movement here. can u see a big pineapple over there? that is a freezer actually, and it contain lots of books.. haha tp aku rase cicak je byk dlm freezer nenas tu... hahaha!!
ok, I had story you about my primary school. whatever it is, and what will happen, it still my primary school. and lots of memories had brought me way to be me just like now. and honestly I miss to be a kid again, hahaha ok agogogo :D

Cabut Gigi

May I ask you something? Do you scare to make an appointment with dentist??
different with me, I'm not.. lalala (lutut tgh shaking) #LOL
definitely yess... I'm scared.. but if it is not my mouth having a ulser,
I'll not getting an appointment with doctor! grrr
by the way my mum told me, jage gigi ko elok2 jat, t da tue pake gg palsu susah
and I wonder how stronger my teeth now? and do I take care of my teeth? *sighing
so this is one of the factor I need to see doctor to check my teeth
yess, after about 8 years I left the primary school, and yet, I never check my teeth again

**teringat plak aku kene tampall time darjah 2.. ngiluuuuu.. so itchyyy..
and then tepong yg tampal tu jadi itam.. cis~

by the way I want to advise to my readers, please take an action now. please check your teeth
at least once a year, but the professional recommended that u have to check twice a year..
and ask ourself, do we follow what they been ask?
now take a step to take care our health.. sayangi tubuh badan anda! :D
kan skunk n byk penyakit baru.. mcm2 ada.. klu kite x jage, kompem sakit~

Last week I went to the Klinik Pergigian Teluk Intan with Ijan
it's a new place, really nice.. haha
got appointment with doctor on 29th June... yeeehaa
can't wait my teeth been check by the dentist...

time n my heartbeat go faster.. wooottt :D

Angah's wedding Part 3

ok yg n plak part photoshoot Angah
guess what where are we had photoshoot? haha
xpayah g outdoor, taman2 k taman rekreasi..dpan umah sudeyhhh :D

this is all due to the pelamin side, they came to get back their things
on Sunday, a day after the wedding.. at 4pm
so we could manage to get other place as we are lack of time.. adoi laa abeh plan aku cri port baek2 :D
actually I don't have any idea taking a picture in front of my house will be nice
the props? only my guitar and a yellow bamboo trees.. hehe
so check it out












Angah's wedding Part 2

nih plak gambo2 hari persandingan.. ehee
happening gila time n.. aku pn bz..
kpd kwn2 yg dtg.. sorry la klu x dpt lyn sgt..
mmg bz kot.. hee

















Angah's wedding Part 1

this is pictures that I've taken on that night, akad nikah
erk I know there's a lot of blur and messy but I try my best to fix it
haha this is the best I can do.. aisehh..
























Blogroll

Followers

Search This Blog